Perpustakaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mempunyai hampir 5400 koleksi bacaan terdiri dari bahan bacaan berbentuk buku, majalah terbitan bersiri, jurnal perundangan, laporan terbitan pelbagai jabatan serta pekeliling-pekeling, perintah dan akta berkaitan kastam.
Perpustakaan JKDM adalah diletakkan di bawah Unit Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia. Perpustakaan mempunyai 2 kakitangan, iaitu seorang Penolong Pegawai Perpustakaan dan seorang Pembantu Perpustakaan.
Perpustakaan berperanan sebagai pusat rujukan untuk semua warga JKDM mendapatkan maklumat serta informasi. Bertempat di Aras 1 Utara, ia lebih mesra pengguna kerana mudah dikunjungi oleh pengguna.
Adalah menjadi harapan kakitangan perpustakaan untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna khususnya pengguna JKDM dari semasa ke semasa.