Tuesday, 31 December 2013
Tuesday, 10 December 2013
HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN JKDM 2013
Perpustakaan JKDM akan menganjurkan Program Hari Terbuka Perpustakaan 2013. Program ini akan diadakan pada 16 Disember 2013 (Isnin) bertempat di Perpustakaan Ibu Pejabat JKDM, Aras 1 Utara. Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti berikut :
- Kempen Menderma Buku
- Teka Silangkata
- 'Library Lingo'
- 'Library Hunt'
- Kempen Keahlian Perpustakaan
- Kempen Pemulangan Buku Tamat Tempoh (Overdue Book Return)
Warga JKDM yang berkelapangan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan program pada hari tersebut.
KEMPEN JOM DERMA BUKU @ PERPUSTAKAAN JKDM
Perpustakaan JKDM telah mengadakan kempen Jom Derma Buku @ Perpustakaan JKDM bermula pada 1 Disember hingga 31 Disember 2013. Sehubungan itu, warga jabatan khususnya yang mempunyai buku-buku terpakai yang mungkin bermanfaat untuk bacaan pengguna perpustakaan boleh menghantar buku-buku tersebut di Perpustakaan JKDM, Aras 1 Utara.
Wednesday, 4 December 2013
Wednesday, 23 October 2013
Wednesday, 24 April 2013
TUTORIAL UNTUK MENGGUNAKAN SISTEM EPUSTAKA
Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera warga JKDM,
Sempena penggunaan sistem perpustakaan yang baru, iaitu ePustaka bagi pinjaman dan pemulangan bahan, di sini pihak perpustakaan membuat tutorial mengenai cara penggunan sistem tersebut seperti berikut :
1. Login pada Sistem ePustaka
Selepas mengisi Borang Pendaftaran Keahlian, Y.Bhg Dato'/Tuan/Puan perlu ke pautan berikut
untuk Login :
2. Ubah Katalaluan
Klik pada butang My Profile dan klik Change Password
3. Pencarian Bahan
Sempena penggunaan sistem perpustakaan yang baru, iaitu ePustaka bagi pinjaman dan pemulangan bahan, di sini pihak perpustakaan membuat tutorial mengenai cara penggunan sistem tersebut seperti berikut :
1. Login pada Sistem ePustaka
Selepas mengisi Borang Pendaftaran Keahlian, Y.Bhg Dato'/Tuan/Puan perlu ke pautan berikut
untuk Login :
Masukkan Login ID yang dipilh dan password yang diberi (123456).
Klik pada butang My Profile dan klik Change Password
Masukkan katalaluan yang baru
Penukaran katalaluan berjaya. Pengguna diminta login semula dengan katalaluan yang baru.
3. Pencarian Bahan
Masukkan Subjek bahan yang ingin dicari.
Hasil carian bahan
4. Cara untuk membuat tempahan buku
Klik pada bahan yang diingini.
Klik pada butang Reserve. Anda diberi tempoh selama 2 hari untuk menuntut buku yang telah
ditempah tersebut di perpustakaan.
Tuesday, 23 April 2013
PENGGUNAAN SISTEM PERPUSTAKAAN : EPUSTAKA
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan JKDM sedang di dalam proses untuk menggunakan sistem perpustakaan yang dinamakan ePustaka bagi pinjaman dan permulangan buku. Sehubungan itu, semua warga JKDM yang ingin membuat pinjaman dan pemulangan buku perlulah mengisi borang pendaftaran sebagai ahli perpustakaan. Borang tersebut boleh didapati di Kaunter Perpustakaan, Aras 1 Utara.
pustaka.customs.gov.my/epustaka |
Sunday, 14 April 2013
NASKAH PILIHAN PERPUSTAKAAN BIL. 4/2013
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dilampirkan Naskah Pilihan Perpustakaan Bil. 4/2013 untuk makluman Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan. Semua buku tersebut terdapat di perpustakaan dan sesuai untuk dijadikan bahan bacaan. Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat untuk membuat pinjaman, bolehlah menghubungi sambungan perpustakaan, iaitu 2758/2759 untuk membuat tempahan. Terima kasih.
Tuesday, 26 March 2013
Thursday, 14 March 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)