Pages1

Saturday 11 June 2011

LATAR BELAKANG PERPUSTAKAAN JKDM

Perpustakaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mempunyai hampir 5400 koleksi bacaan terdiri dari bahan bacaan berbentuk buku, majalah terbitan bersiri, jurnal perundangan, laporan terbitan pelbagai jabatan serta pekeliling-pekeling, perintah dan akta berkaitan kastam.

Perpustakaan JKDM adalah diletakkan di bawah Unit Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia. Perpustakaan mempunyai 2 kakitangan, iaitu seorang Penolong Pegawai Perpustakaan dan seorang Pembantu Perpustakaan.

Perpustakaan berperanan sebagai pusat rujukan untuk semua warga JKDM mendapatkan maklumat serta informasi. Bertempat di Aras 1 Utara, ia lebih mesra pengguna kerana mudah dikunjungi oleh pengguna.


Adalah menjadi harapan kakitangan perpustakaan untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna khususnya pengguna JKDM dari semasa ke semasa.

1 comments:

  1. Salam Tuan/Puan,

    Saya dari syarikat swasta yang banyak berurusan dengan pihak kastam untuk import/eksport barang. Untuk pengetahuan pihak Tuan/puan kami kini sedang dalam proses mendapatkan lesen pengilang dan pengecualian tax dari pihak MIDA. salah satu syarat2 dlm borang tersebut ialah kami perlu menyatakan kod penjenisan dari kastam untuk setiap produk dan barang yg diimport. Pihak MIDA mencadangkan kepada kami untuk membeli buku tariff kod kastam. Dimanakah boleh saya dapatkan buku tersebut? tq

    ReplyDelete