Pages1

Tuesday 10 December 2013

HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN JKDM 2013


Perpustakaan JKDM akan menganjurkan Program Hari Terbuka Perpustakaan 2013. Program ini akan diadakan pada 16 Disember 2013 (Isnin) bertempat di Perpustakaan Ibu Pejabat JKDM, Aras 1 Utara. Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti berikut :

  • Kempen Menderma Buku
  • Teka Silangkata
  • 'Library Lingo'
  • 'Library Hunt'
  • Kempen Keahlian Perpustakaan
  • Kempen Pemulangan Buku Tamat Tempoh (Overdue Book Return)
Warga JKDM yang berkelapangan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan program pada hari tersebut. 

KEMPEN JOM DERMA BUKU @ PERPUSTAKAAN JKDM


Perpustakaan JKDM telah mengadakan kempen Jom Derma Buku @ Perpustakaan JKDM bermula pada 1 Disember hingga 31 Disember 2013. Sehubungan itu, warga jabatan khususnya yang mempunyai buku-buku terpakai yang mungkin bermanfaat untuk bacaan pengguna perpustakaan boleh menghantar buku-buku tersebut di Perpustakaan JKDM, Aras 1 Utara. 

Wednesday 24 April 2013

TUTORIAL UNTUK MENGGUNAKAN SISTEM EPUSTAKA

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera warga JKDM,

Sempena penggunaan sistem perpustakaan yang baru, iaitu ePustaka bagi pinjaman dan pemulangan bahan, di sini pihak perpustakaan membuat tutorial mengenai cara penggunan sistem tersebut seperti berikut :

1. Login pada Sistem ePustaka

    Selepas mengisi Borang Pendaftaran Keahlian, Y.Bhg Dato'/Tuan/Puan perlu ke pautan berikut
    untuk Login :



   Masukkan Login ID yang dipilh dan password yang diberi (123456).


2. Ubah Katalaluan

                                       Klik pada butang My Profile dan klik Change Password

 Masukkan katalaluan yang baru


   Penukaran katalaluan berjaya. Pengguna diminta login semula dengan katalaluan yang baru.


3. Pencarian Bahan

 Masukkan Subjek bahan yang ingin dicari.


 Hasil carian bahan


4. Cara untuk membuat tempahan buku

  Klik pada bahan yang diingini.


Klik pada butang Reserve. Anda diberi tempoh selama 2 hari untuk menuntut buku yang telah  
            ditempah tersebut di perpustakaan.






Tuesday 23 April 2013

PENGGUNAAN SISTEM PERPUSTAKAAN : EPUSTAKA

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan JKDM sedang di dalam proses untuk menggunakan sistem perpustakaan yang dinamakan ePustaka bagi pinjaman dan permulangan buku. Sehubungan itu, semua warga JKDM yang ingin membuat pinjaman dan pemulangan buku perlulah mengisi borang pendaftaran sebagai ahli perpustakaan. Borang tersebut boleh didapati di Kaunter Perpustakaan, Aras 1 Utara.

pustaka.customs.gov.my/epustaka



Sunday 14 April 2013

NASKAH PILIHAN PERPUSTAKAAN BIL. 4/2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dilampirkan Naskah Pilihan Perpustakaan Bil. 4/2013 untuk makluman Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan. Semua buku tersebut terdapat di perpustakaan dan sesuai untuk dijadikan bahan bacaan. Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat untuk membuat pinjaman, bolehlah  menghubungi sambungan perpustakaan, iaitu 2758/2759 untuk membuat tempahan. Terima kasih.